Pages

Sunday, September 8, 2013

HARGA

Dengan bersemangat, penceramah itu menegaskan,


"Ibu bapa perlu menghargai anak-anak.Apabila mereka mendapat
keputusan cemerlang,sekurang-kurangnnya
hadiahkanlah sebatang pen.Pen yang mahal sedikit.
Janganlah pen kilometrico je."


Ligat jari saya memutarkan pen di jari.Ternyata, hanyalah,




Kilometrico.


Senyum dicarikkan sedikit.


**


Pada saya,saya tidak lagi
berada di fasa
ibu-ayah-perlu-bagi-hadiah-for-each-of-my-achievement.


Kalau ada yang begitu, tidak salah.
Cuma bagi saya, saya tidak mahu begitu.
Kecik-kecik dulu boleh lah.


Pada saya,sembilan belas tahun hidup ini
pun sudah banyak umi abi meghargaiku.makan,
minum, apa lagi? kalau tak,
dah lama saya sampai alam sana, mungkin.


Cukup bagiku, semangat.
Cukup bagiku, sokongan.
Cukup bagiku, amat cukup bagiku, doa.


Ini fasa memberi.
Ini fasa berbakti.
Ini fasa membalas budi.


saya tidak akan mampu membayar segalanya
kerana ianya tidak ternilai. masakan nilaiannya sama
seperti segunung emas.
masakan nilaiannya setara selaut mutiara.
masakan.


yang saya bisa, cuma menghargai.


**


Memanfaatkan masa bersama keluarga
menjadi pilihanku,
walau kadang sehingga menyinggung yang lain,
namun itulah saya.


Mungkin ada yang berkata,
'fitrah kita sepatutnya rela berkorban'
'tinggalkan keluarga sebentar' blablabla.


Ingat, redha Allah terletak pada redhanya ibu ayah.


**


Hikmahnya saya ditempatkan jauh beribu batu dari rumah.
mengidam apa-apa, skype.
rindu siapa-siapa, whatsapp.
umi abi sakit, doa.
itu yang termampu :')


syafakillah ya umi,abi :')
uhibbukum fillah
luv