“Ibu, nampak tak seluar Hisham?” si anak melaung bertanya kepada ibunya yang sedang memasak di dapur.
Ibu pun berteriak dari dapur, “Cuba kamu cari dalam almari tu”
Anak menjawab, “Tak ada pun.”
Si ibu terus bergegas ke bilik dan terus menunjuk kepada anaknya, “Ini apa?”
Anak dengan tersengih menjawab, “Tak perasan ada kat situ. Terima kasih ibu….”
Ibu cakap lagi, “Cepat sikit, sarapan dah siap, nanti kamu terlewat pulak”
Itulah situasi harian kehidupan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak. Pengorbanan ibu yang tiada sedetik pun mengeluh kepenatan dalam melayan kerenah anak-anak, dari kecik hinggalah dewasa. Harapan ibu tiada apa, cuma inginkan penghargaan,kasih sayang anak-anak terhadapnya.
Berdoalah anak-anak setiap hari tanpa jemu kepada ibu kita supaya semua usaha ini mendapat keredhaan Allah swt, Selepas setiap solat berdoalah juga untuk ibu kita semoga segala usaha ini dapat menyemarakkan hubungan ibu dan anak. Ayah juga jangan dilupa . inshaAllah




